Genghis Khan | ||
---|---|---|
Khagan bagi Empayar Mongol | ||
Pemerintahan | 1206–1227 | |
Pertabalan | Musim bunga[1] 1206 di khurultaidi tebing Sungai Onon, Mongolia | |
Nama penuh | Genghis Khan (nama lahir: Borjigin Temüjin) tulisan Mongol ᠪᠣᠷᠵᠢᠭᠢᠨ ᠲᠡᠮᠦᠵᠢᠨ. | |
Gelaran | Khan, Khagan Nama kuil: Taizu (太祖) Nama selepas mati: Maharaja Fatian Qiyun Shengwu (法天啟運聖武皇帝) | |
Lahir | Sekitar 1162 | |
Pergunungan Khentii, Mongolia | ||
Mangkat | 1227 (umur 65) | |
Pengganti | Ögedei Khan | |
Pasangan | Börte Ujin Khulan Yisugen Yisui lain-lain | |
Anakanda | Jochi Chagatai Ögedei Tolui lain-lain | |
Kerabat diraja | Borjigin | |
Ayahanda | Yesükhei | |
Bonda | Ho'elun |
Sementara imejnya sebagai penakluk paling kejam dikebanyakan dunia, Genghis Khan diraikan sebagai hero di Mongolia, di mana dia dilihat sebagai bapa Negara Mongol. Sebelum menjadi sebagai Khan, Temüjin menyatukan banyak orang Turkik-Mongolpersekutuan Asia Tengah, memberikan identiti yang dikongsi kepada apa yang sebelumnya merupakan jajahan puak nomad.
Bermula dengan penaklukan Xia Barat di China Utara dan menyerap melalui pelbagai penaklukan termasuk Empayar Khwarezmid di Persia, Genghis Khan meletakkan asas bagi empayar yang akan meninggalkan kesan yang kekal dalam sejarah dunia. Beberapa abad pemerintahan Mongol merentangi tanah besar Eurasia, tempoh yang dikenali sesetengah orang sebagai 'Pax Mongolika', menukar dengan banyaknya demografi dangeopolitik kawasan ini. Empayar Mongol akhirnya memerintah, atau sekurang-kurangnya menakluk sekejab, sebahagian besar China moden, Mongolia, Russia, Ukraine, Korea,Republik Azerbaijan, Armenia, negara Georgia, Iraq, Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan,Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, Turkmenistan, Moldova, Kuwait, Poland dan Hungary.
Dari Temüjin kepada Genghis Khan
Temüjin memulakan pendakiannya yang perlahan kepada kekuasaan dengan menawarkan dirinya sebagai anak buah (vassal) kepada andaayahnya (saudara sumpah setia atau saudara sedarah) Toghrul, yang merupakan Khan bagi Kerait dan lebih dikenali dengan gelaran yang diberikan olehe pemerintah China Ong Khan (atau "Wang Khan") yang dianugerahkan oleh Empayar Jin pada 1197. Hubungan ini mula diperkukuhkan apabila Borte ditawan oleh Merkits; ia kepada Toghrul yang Temüjin meminta pertolongan. Sebagai balasan, Toghrul menawarkan anak buahnya 20,000 daripada pejuang Keraitnya, dan mencadangkan dia turut membabitkan rakan kanak-kanaknya, Jamuka, yang dia sendiri menjadi khan bagi puaknya, Jajirats [7]. Sungguhpun kempen itu berjaya, dan berhasil merampas kembali Borte dan kekalahan puak Merkits sepenuhnya, ia turut menjadi permulaan bagi perpecahan antara rakan dari kecil, Temüjin and Jamuka.
Anak Toghrul, Senggum, menjadi cemburu dengan kuasa Temüjin yang semakin meluas dan dia dikatakan merancang untuk membunuh Temüjin. Toghrul, walaupun dikatakan diselamatkan beberapa kali oleh Temüjin, akhirnya menurut anaknya [8] dan mengambil sikap berdegil (obstinate) terhadap kerjasama dengan Temüjin. Temüjin mengetahui niat Senggum, akhirnya mengalahkannya dan penyokongnya. Salah satu retak yang berlaku antara Toghrul dan Temüjin adalah keengganan Toghrul untuk memberikan anaknya sebagai pasangan Jochi, anak sulong Temüjin, yang menunjukkan tidak hormat dalam kebudayaan Mongol. Tindakan ini kemungkinannya mendorong kepada perpecahan dan permulaan kepada perperangan antara kedua pihak~sumber dari wikipedia